OBJEKTIF KAMI

Program EIP bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa, ahli keluarga & komuniti secara keseluruhan berkaitan dengan kelewatan perkembangan kanak-kanak.Program ini juga memberi peluang kepada keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai anak-anak berumur 1-3 tahun untuk mendapatkan sesi pemeriksaan dengan pakar intervensi kami bagi mengikuti perkembangan mereka.

OBJEKTIF KAMI

0
PENYERTAAN
0
PROGRAM
0
PEMERIKSAAN PERCUMA
0
DUTA-DUTA EIP

SIAPA KAMI

EIP adalah kerjasama antara Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS) di mana kedua-dua organisasi menggunakan sumber masing-masing untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor

MBI Selangor (Incorporated) adalah sebuah badan korporat yang ditubuhkan untuk mentadbir aset dan pelaburan Kerajaan Negeri, dan untuk mewakili Negeri dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan yang berada di luar bidang kuasa kerajaan negeri

Maklumat Lanjut

PTNS adalah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawasi kebajikan dan pembangunan pusat penjagaan kanak-kanak di Selangor dalam usaha untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat akses terbaik kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui penyedia penjagaan kanak-kanak yang terlatih

Maklumat Lanjut

KOLABORATOR-KOLABORATOR KAMI

 

Untuk memaksimumkan jangkauan program ini, kami bekerjasama dengan pihak berkepentingan. Langkah ini signifikan untuk menyediakan akses yang relevan kepada instrumen dan penonton yang kami perlukan bagi mewujudkan MASYARAKAT INKLUSIF di Selangor.

APA USAHA KAMI

KESEDARAN

Mengadakan bengkel untuk ibu bapa, ahli keluarga dan komuniti secara keseluruhan kepada semua daerah di Selangor

Bengkel pintar keibubapaan

Program spin-off dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan

PEMERIKSAAN

Penyertaan dari pakar pembangunan kanak-kanak dan ahli terapi kesihatan dari pelbagai disiplin termasuk ahli motivasi keluarga

Sokongan dari sukarelawan dari pelbagai organisasi

Sesi pemeriksaan percuma untuk kanak-kanak yang layak

PENDIDIK

Memperkasakan penyedia penjagaan kanak-kanak dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan secara berperingkat untuk terus membantu kanak-kanak dengan kelewatan perkembangan

pensijilan Shadow Teacher yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) selaras dengan pelan strategik 2018

PANGKALAN DATA

Membangunkan pangkalan data komprehensif dalam talian untuk merangkumi semua program, penyedia penjagaan kanak-kanak, pusat EIP dan kumpulan sokongan

Sebuah portal dalam talian iaitu www.eipepic.my boleh diakses oleh orang awam untuk mendapatkan semua maklumat yang relevan mengenai EIP

Semak Jadual

LIHAT APA YANG SEDANG DIJALANKAN DI BULETIN KAMI

Kami mengeluarkan buletin kami setiap suku tahun untuk merumuskan aktiviti dan pencapaian untuk tempoh tersebut. Klik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana anda boleh menjadi sebahagian daripada program ini.

Klik untuk menonton video kami
  • MBI Selangor
    Lvl 14, Bangunan Darul Ehsan
    Jalan Indah, Seksyen 14
    40000, Shah Alam
    Selangor, Malaysia

  • 03-55138898/03-55100759
  • Persatuan Taska Negeri Selangor
    Lvl LG, Bangunan Darul Ehsan
    Jalan Indah, Seksyen 14
    40000, Shah Alam
    Selangor, Malaysia

  • 03-5510 7655
ALL RIGHTS RESERVED @ 2018