• APA ITU EIP?

    Proses yang memberi tumpuan kepada panduan pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau mengalami kelewatan perkembangan yang akan menjejaskan pertumbuhan dan kebolehan pembelajaran mereka.

  • Dapatkan Nasihat dan Surat Rujukan dari intervensi yang berpengalaman


    APPLY FOR FREE SCREENING

OBJEKTIF KAMI

Program EIP bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa, ahli keluarga & komuniti secara keseluruhan berkaitan dengan kelewatan perkembangan kanak-kanak.

Program ini juga memberi peluang kepada keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai anak-anak berumur 1-3 tahun untuk mendapatkan sesi pemeriksaan dengan pakar intervensi kami bagi mengikuti perkembangan mereka.

6413

PENYERTAAN

58

PROGRAM

10

PEMERIKSAAN PERCUMA

1501

DUTA-DUTA EIP

SIAPA KAMI

EIP adalah kerjasama antara Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS) di mana kedua-dua organisasi menggunakan sumber masing-masing untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor

MBI Selangor (Incorporated) adalah sebuah badan korporat yang ditubuhkan untuk mentadbir aset dan pelaburan Kerajaan Negeri, dan untuk mewakili Negeri dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan yang berada di luar bidang kuasa kerajaan negeri

PTNS adalah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawasi kebajikan dan pembangunan pusat penjagaan kanak-kanak di Selangor dalam usaha untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat akses terbaik kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui penyedia penjagaan kanak-kanak yang terlatih

KOLABORATOR-KOLABORATOR KAMI

Untuk memaksimumkan jangkauan program ini, kami bekerjasama dengan pihak berkepentingan. Langkah ini signifikan untuk menyediakan akses yang relevan kepada instrumen dan penonton yang kami perlukan bagi mewujudkan MASYARAKAT INKLUSIF di Selangor.

 
 

APA USAHA KAMI

KESEDARAN

Mengadakan bengkel untuk ibu bapa, ahli keluarga dan komuniti secara keseluruhan kepada semua daerah di Selangor

Bengkel pintar keibubapaan

Program spin-off dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan

PEMERIKSAAN

Penyertaan dari pakar pembangunan kanak-kanak dan ahli terapi kesihatan dari pelbagai disiplin termasuk ahli motivasi keluarga

Sokongan dari sukarelawan dari pelbagai organisasi

Sesi pemeriksaan percuma untuk kanak-kanak yang layak

PENDIDIK

Memperkasakan penyedia penjagaan kanak-kanak dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan secara berperingkat untuk terus membantu kanak-kanak dengan kelewatan perkembangan

Pensijilan Shadow Teacher yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) selaras dengan pelan strategik 2018

PANGKALAN DATA

Membangunkan pangkalan data komprehensif dalam talian untuk merangkumi semua program, penyedia penjagaan kanak-kanak, pusat EIP dan kumpulan sokongan

Sebuah portal dalam talian iaitu www.eipepic.my boleh diakses oleh orang awam untuk mendapatkan semua maklumat yang relevan mengenai EIP

TONTON VIDEO KAMI!

COPYRIGHT 2019 by EIP EPIC | ALL RIGHTS RESERVED
eskişehir escort düzce escort nazilli escort manisa escort erzincan escort trabzon escort