Notis Privasi 2019-09-06T07:07:38+00:00

Notis Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Notis PDPA”)

Kami mengambil serius terhadap privasi anda. Notis PDPA ini menerangkan bagaimana kami memproses data peribadi yang kami kumpulkan dari anda.

Apabila anda menyertai atau memohon untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi kami, kami mengumpul data-data peribadi anda dan keluarga anda (“Data Peribadi”), seperti: –

1. Data Peribadi yang kami kumpulkan tentang anda

Apabila anda menyertai atau memohon untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi kami, kami mengumpul Data Peribadi berikut daripada anda, seperti: –

Nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat e-mel, alamat pos, nombor telefon, nombor telefon bimbit, butiran pekerjaan, status perkahwinan, jantina, kewarganegaraan, minat-minat peribadi, lain-lain kemahiran, bahasa, tahap pendidikan, maklumat perubatan terdahulu, atau kelayakan lain-lain dan semua maklumat berkaitan yang diperlukan oleh organisasi kami.

Dari masa ke semasa, kami mungkin menerima maklumat (secara lisan    ataupun bertulis) berkenaan anda dari sumber lain (seperti hospital atau klinik) yang akan kami tambah ke dalam maklumat anda yang dipegang oleh kami bagi membolehkan kami menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

2. Bagaimana Data Peribadi anda dikumpul

Kami mengumpul Data Peribadi anda melalui beberapa kaedah yang termasuk seperti yang berikut, tetapi tidak terhad kepada: –

(a) borang laman web atau e-borang;

(b) borang permohonan atau borang-borang lain;

(c) daripada syarikat-syarikat berkaitan atau bersekutu kami;

(d) semasa mesyuarat atau wawancara dengan kami;

(e) dari komunikasi secara manual atau elektronik dengan kami atau    dokumen yang diberikan kepada kami dalam masa waktu operasi kami;

(f) daripada penggunaan kuki (cookie) di laman web kami;

(g) dari aplikasi mudah alih kami;

(h) daripada orang yang berkaitan dengan organisasi kami.

Pengumpulan, pemprosesan dan/atau penyimpanan Data Peribadi anda termasuk pemprosesan dan/atau penyimpanan sebarang maklumat tambahan yang kemudiannya diberikan kepada kami samada dari pihak lain, adalah untuk tujuan-tujuan berikut:

(a) untuk mengurus penyertaan anda dalam mana-mana perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi kami;

(b) untuk menilai dan memproses permohonan anda ke perkhidmatan- perkhidmatan yang disediakan oleh kami;

(c) untuk menambahbaikan perkhidmatan-perkhidmatan kami kepada anda;

(d) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dan/atau acara-acara bersesuaian;

(e) untuk menganjurkan dan/atau menjalankan operasi pemasaran atau promosi yang berserupa;

(f) untuk mendapatkan maklum balas atau penyertaan dalam kaji selidik kami;

(g) untuk apa-apa tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan yang tujuan seperti di atas.

            (selepas ini dirujuk sebagai “Tujuan-tujuan tersebut”).

Anda tidak diwajibkan untuk memberikan kepada kami semua Data Peribadi yang diminta. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa Data Peribadi yang tertentu yang mungkin diperlukan bagi membolehkan kami memenuhi keperluan anda. Jika anda tidak boleh memberikan kami beberapa Data Peribadi yang kami perlukan, ianya boleh mengakibatkan ketidakupayaan kami untuk memenuhi keperluan anda.

3. Bagaimana Data Peribadi anda digunakan

Kami mengumpulkan maklumat ini bagi melaksanakan Tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas. Maklumat yang relevan kemudiannya digunakan oleh   kami, atau ejen-ejen dan subkontraktor kami untuk untuk berkomunikasi dengan anda mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan pengendalian akaun anda dan penyediaan perkhidmatan kami secara umum. Jika anda bersetuju, kami juga boleh menghubungi anda mengenai produk dan perkhidmatan lain kami yang kami fikir mungkin menarik minat anda.

Kami juga boleh menggunakan maklumat dan statistik agregat untuk tujuan pemantauan penggunaan laman web kami untuk membantu kami   menambahbaik laman web dan perkhidmatan yang disediakan kami. Kami juga boleh memberikan maklumat agregat sedemikian kepada pihak lain. Statistik   tersebut tidak akan memberikan sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda.

Dari masa kesemasa, kami boleh memberikan maklumat anda kepada agensi berkaitan dengan perkhidmatan kami untuk tujuan penyelidikan dan analisis supaya kami boleh memantau dan menambahbaik perkhidmatan yang disediakan kami. Kami, ejen-ejen atau subkontraktor kami boleh menghubungi anda melalui pos, e-mel atau telefon untuk meminta maklum balas dan ulasan anda mengenai perkhidmatan kami.

Kami akan mengekalkan data peribadi anda selagi diperlukan untuk menjalankan mana-mana Tujuan-tujuan tersebut yang dinyatakan di atas dan untuk mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan/atau undang-undang pihak berkuasa yang berkaitan.

4. Pihak ketiga

Kami mungkin ingin memberikan anda maklumat berkaitan daripada pihak ketiga yang mempunyai produk atau perkhidmatan yang kami fikir mungkin menarik minat anda. Sekiranya anda tidak mahu menerima maklumat tersebut, sila hantar e-mel ke eip@mbiselangor.com.my.

5. Pindahan Data Peribadi anda ke luar negara

Kami juga boleh memindahkan Data Peribadi anda ke di luar Malaysia apabila menjalankan mana-mana Tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini.

6. Akses dan kemaskini Data Peribadi anda

Tertakluk kepada pembayaran yuran, anda berhak untuk meminta akses dan jika perlu, untuk membetulkan atau mengalih keluar Data Peribadi anda yang dipegang oleh, atau jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Notis kami atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berhubung penyalahgunaan atau disyaki penyalahgunaan Data Peribadi anda, sila tulis kepada kami menggunakan butiran hubungan di bawah atau lawati kami di pejabat kami: –

Alamat                     :           Level 24, Bangunan Darul Ehsan, Jalan Indah,
                                                Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
                                                Selangor Darul Ehsan

No Telefon              :           +603-5513 8898

E-mel                      :           eip@mbiselangor.com.my

No Faks                  :           +603-5544 7844

Kami ingin memastikan maklumat peribadi anda adalah tepat dan terkini. Jika mana-mana maklumat yang telah anda berikan kepada kami telah berubah, sebagai contoh, jika anda menukar alamat e-mel, nama atau butiran pembayaran, atau jika anda ingin membatalkan pendaftaran anda, sila maklumkan kepada kami mengenai perubahan tersebut di e-mel kami, eip@mbiselangor.com.my atau dengan menghantar surat, faks atau menelefon alamat yang tertera di atas. Anda boleh meminta kami, atau kami mungkin meminta anda untuk membetulkan maklumat yang anda atau kami fikir adalah tidak tepat, dan anda juga boleh meminta kami untuk memadamkan maklumat yang tidak tepat. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana Data Peribadi yang diberikan adalah tidak lengkap atau tidak tepat jika anda tidak memaklumkan kepada kami mengenai perubahan tersebut.

7. Kemaskini Notis kami dari masa ke semasa

Kami boleh menyemak dan mengemaskinikan Notis ini dari masa ke semasa, selaras dengan perubahan dari segi undang-undang, amalan perniagaan, prosedur dan struktur. Kami meminta anda mendapatkan versi terbaru Notis kami dengan menghubungi kami untuk memastikan anda mengetahui versi terkini. Jika kami menukar dasar PDPA kami, kami akan menyiarkan perubahan pada halaman ini, dan letakkan notis di halaman lain di laman web, supaya anda mengetahui maklumat yang kami kumpulkan dan bagaimana kami menggunakannya setiap masa.

8. Persetujuan anda

Dengan pemberian Data Peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dan membenarkan kami memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan di sini termasuk menghubungi anda melalui surat, e-mel, mesej teks, aplikasi pesanan mudah alih (misalnya WhatsApp), telefon, faksimile atau lain-lain mod komunikasi.

Sila maklum bahawa anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan anda atau menyekat tujuan dan cara yang kami memproses Data Peribadi anda dan data peribadi orang lain yang mungkin dikenal pasti dari Data Peribadi anda pada bila-bila masa dengan melengkapkan borang yang ditetapkan yang boleh diperoleh dengan melawat pejabat kami yang dinyatakan di atas.

9. Bahasa

Selaras dengan keperluan undang-undang berkaitan, Notis ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Dalam keadaan   ketidakseragaman atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeri dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.